KEJAYAAN UPSR 2009

Wednesday, November 18, 2009

                     Seramai 5 orang murid Tahun 6 telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2009. Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan bagi warga SK Long Boh kerana berjaya mengatasi bilangan murid yang mendapat 5A iaitu seramai 3 orang bagi tahun 2008.

Tahniah diucapkan ! 


 Farisha, Amira Syazwani, Nor  Syamira, Nor Syazwani dan Tasneem

Murid Cemerlang SK Long Boh. Tahniah !!!!!!!!

SAMBUTAN HARI ANUGERAH SK LONG BOH

               Pada 19 November 2009, SK Long Boh telah mengadakan Hari Anugerah untuk menghargai murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang 2009. Selain penyampaian hadiah, beberapa persembahan dari Kelab Seni Budaya juga disajikan khas untuk ibu bapa dan tetamu yang hadir. 

             Semoga semua murid yang berjaya akan terus gemilang dan cemerlang di masa akan datang.


Tokoh Murid 2009,

Adik Syazwani bersama ibu tersayang dan Guru Besar SK Long Boh.


Antara murid-murid yang cemerlang dalam akademik.

Penyampaian Sijil Tamat Sekolah kepada murid Pra Sekolah.



Persembahan Tarian dari Kelab Seni Budaya.

Kelab Seni Budaya juga mempersembahkan dikir barat.

JAMUAN AKHIR TAHUN 6 SESI 2009

Friday, November 13, 2009

           Pada 12 November 2009, Kelas Tahun 6 telah mengadakan jamuan akhir tahun mereka. Jamuan yang diadakan di dalam kelas itu telah berjalan dengan lancar dan meriah. Semua guru dan staff telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan.

             Semoga semua pelajar Tahun 6 SK Long Boh akan mencapai kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan UPSR yang dijangka akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.


Adik Syazwani, wakil pelajar Tahun 6 memberi ucapan.

Barisan pentadbir SK Long Boh turut memeriahkan majlis.


Pelajar-pelajar sedang menunggu doa makan dibacakan.

Barisan Ustaz SK Long Boh. Bila nak baca doa ni ?

AKTIVITI PENUTUP BULAN BAHASA

           Sempena hari terakhir Bulan Bahasa Kebangsaan pelbagai aktiviti telah diadakan di SK Long Boh. Agak terkilan di hati ini apabila saya tidak dapat mengabadikan aktiviti-aktiviti tersebut melalui kamera kerana agak sibuk pada hari itu. 

          Walaubagaimanapun saya sempat menangkap gambar sewaktu pertandingan berbalas pantun. Inilah pertama kali pertandingan seperti ini dapat diadakan dan syukur semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang sudi mengambil bahagian dalam pertandingan berbalas pantun

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Tahun hadapan kita berjumpa lagi.


Pasukan Puteri sedang menjual pantun.


Berpeluh-peluh juga peserta Putera di atas pentas tu !

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

Tuesday, October 13, 2009

   Pada 12 Oktober 2009, Sek. Keb. Long Boh telah melancarkan satu perhimpunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi setiap minggu dan kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

         Sambutan diteruskan dengan bacaan pantun dan sajak oleh murid-murid SK Long Boh. Program Bulan Bahasa Kebangsaan  akan berterusan sepanjang bulan Oktober ini.



Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa



Adik Amira membaca pantun hari raya.



Persembahan sajak " Hujan".



Wakil murid Tahun 5 membaca sajak.



Adik Husna membaca sajak dengan penuh perasaan.

    

Pemergian Adik Fitri

Friday, August 28, 2009

SK Long Boh telah kehilangan seorang murid apabila adik Norfitri B. Romli, murid tahun 6 telah meninggal dunia kerana sejenis penyakit ketumbuhan. Jenazahnya telah dikebumikan pada 29 Ogos 2009 di Long Boh. 

Marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraannya di akhirat kelak !

Al-Fatihah !


Adik Fitri sewaktu mewakili pasukan bola sepak sekolah.

AKTIVITI KELAB BAHASA

Wednesday, June 24, 2009

Ini adalah gambar aktiviti kelab bahasa yang dijalankan baru-baru ini. Aktiviti dimulakan pada pukul 1.00 tengah hari hingga pukul 2.00 petang. Kelab bahasa baru-baru ini menerima penambahan dua orang guru praktikal. Semoga aktiviti kelab ini dapat berjalan dengan lancar.

Eh ! ni lagu patriotik ke lagu pop rock ?

Guru praktikal sedang mengajar sebuah lagu

Cikgu Chong sedang memerhati Radziq membaca sajak.

Guru-guru Kelab Bahasa SK Long Boh.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PKP SIMPANG EMPAT

Friday, June 19, 2009

 Pada 19 Jun 2009 hingga 21 Jun 2009, satu perkhemahan unit beruniform peringkat kawasan Simpang Empat telah diadakan. Perkhemahan ini telah diadakan di padang SK Utan Aji yang melibatkan seramai 190 orang murid-murid dari 10 buah sekolah.

      SK Long Boh telah menghantar seramai 13 orang peserta iatu terdiri daripada murid-murid tahun 5. Adik Razulul dan adik Siti Mastura telah dilantik menjadi ketua dan penolong bagi platun SK Long Boh di sepanjang perkhemahan ini.

      Semua guru-guru di SK Long Boh akan bertugas mengikut giliran sepanjang perkhemahan ini berlansung dalam memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

Peserta perkhemahan PKP Simpang Empat

Tapak perkhemahan SK Long Boh

Ustaz Mohamad menunjukkan cara mengergaji buluh dengan betul.

Berlindung dari cahaya matahari yang terik. Panasnya !

Apalah yang menyebabkan Ustazah Kholijah ketawa besar tu ?

SAMBUTAN HARI GURU SK LONG BOH, PERLIS

Thursday, May 28, 2009

Pada 27 Mei 2009, SK Long Boh telah mengadakan sambutan Hari Guru yang diadakan di gelanggang sepak takraw sekolah. Sambutan hari guru tahun ini disambut secara sederhana memandangkan padang sekolah tidak boleh digunakan kerana bangunan baru sedang dibina di atasnya.

        Sambutan dimulakan dengan mengadakan perhimpunan pada pukul 8.00 pagi.Guru besar memberi sepatah dua kata dan diikuti dengan nyanyian Guru Malaysia oleh guru-guru SK Long Boh. Selain itu, seorang pelajar Tahun 6 turut mempersembahkan sajak buat guru-guru dan pasukan rekorder sekolah juga membuat persembahan sempena kejayaan mendapat tempat kedua dalam pertandingan peringkat kawasan. Seterusnya acara penyampaian hadiah Hari Guru oleh murid-murid Tahun 6.

        Acara diteruskan dengan permainan di antara guru dan murid dan sambutan hari guru disudahi dengan jamuan kepada guru dan murid.


Hadiah disampaikan kepada pasukan rekorder ensemble.( Tempat ke-2 Peringkat Kawasan )

Cikgu Yus memecut laju meninggalkan Cikgu Naziha. Cikgu bukan sahaja boleh mengajar tapi berlari pun boleh ! 

Acara membawa bola dengan hoki. Emmm.... tapi bola mana ?

Dialog antara guru dan murid.

Guru : Ha ! tu apasal tak masuk-masuk lagi ?

Murid : Tapak tangan kecik cikgu ! Kalau pakai baldi baru boleh.


Lihatlah dunia....... aku juara !


Cikgu Chong sedang memberi taklimat kepada peserta.


Acara melambung belon sampai pecah ! Nak baling mesti ada gaya tau !


Tepi-tepi .... aku punya !

Jumpa lagi di sambutan hari guru tahun hadapan.

MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL

Saturday, May 23, 2009

              Pada 20 Mei 2009, semua murid di kebanyakan sekolah-sekolah di Perlis telah mula menduduki peperiksaan pertengahan penggal. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar semasa murid-murid di SK Long Boh sedang tekun menjawab soalan. Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Tekun menjawab soalan !

Setiap jawapan ditanda dengan berhati-hati.

Kapten pasukan bola sepak sekolah sedang mengatur strategi menjawab soalan !

Murid KIA2M Tahun 1. Adik Aminah berhempas pulas memikirkan jawapan.

Adik Najmi mencari jawapan sampai ke atas syiling. Ada ka ?

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT KAWASAN SIMPANG EMPAT

Sekolah Kebangsaan Long Boh telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan. Pertandingan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg Berembang, Simpang Empat, Perlis. Pasukan bola tampar perempuan SK Long Boh telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir. Setelah bertarung hebat dengan pasukan SK Utan Aji, pasukan SK Long Boh telah tewas dan menjadi naib johan. Tahniah kepada pasukan bola tampar SK Long Boh.

Sedang Membuat ServisSedang Membuat Servis

Pasukan Bola Tampar PerempuanPasukan Bola Tampar Perempuan

KAWAD KEBAKARAN BAGI TAHUN 2009

Pada 31 Mac 2009, Sekolah Kebangsaan Long Boh telah mengadakan latihan kawad kebakaran buat kali pertama. Tepat jam 9.30 pagi, loceng kecemasan telah dibunyikan. Semua murid dan warga sekolah telah bergerak ke tapak yang ditetapkan dengan pantas. Taklimat telah diberikan oleh Ustaz Mohamad mengenai tatacara semasa kebakaran. Selain daripada itu satu sesi praktikal menggunakan cara alat pemadam api telah diadakan di padang sekolah. Murid-muri telah digalakkan untuk mencuba cara menggunakan alat pemadam api itu.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih murid bersiap sedia jika berlaku kebakaran di sekolah dan murid juga dapat menggunakan alat pemadam api dengan betul semasa situasi kecemasan.

Sesi PraktikalGuru mengawasi murid-murid

dsc00199

dsc00200

PERTANDINGAN BOLA BALING KAWASAN SIMPANG EMPAT

Pada 25 hingga 26 Mac 2009, bertempat di SK Batu Ujung telah diadakan pertandingan bola baling. SK Long Boh telah menghantar pasukan perempuan untuk mengambil bahagian. Pasukan bola baling SK Long Boh telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kekalahan di peringkat separuh akhir ini kepada pasukan SK Simpang Empat boleh dianggap satu kejayaan memandangkan semua pemain telah memberi tentangan yang amat sengit sebelum tewas dalam penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 1 sama selepas masa tambahan.

Pasukan SKLB
Pasukan SKLB

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT KAWASAN SIMPANG EMPAT

Pada 24 Mac 2009, Pertandingan Bercerita Peringkat Kawasan Simpang Empat telah diadakan di SK Dato Ahmad Musa. SK Long Boh telah diwakili oleh adik Nazifa bagi pertandingan tahap 1 dan adik Mastura bagi pertandingan tahap 2. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat namun kedua-dua puteri ini telah memberikan satu persembahan yang boleh dibanggakan. SK Long Boh akan terus berusaha dengan lebih gigih agar berjaya dalam pertandingan di tahun hadapan.

Adik Nazifa Sewaktu Pertandingan
Adik Nazifa Sewaktu Pertandingan

Adik Mastura Dengan Penuh Gaya
Adik Mastura Dengan Penuh Gaya

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12

KAWASAN PELAJARAN SIMPANG EMPAT

TAHUN 2009

Pada 2 hingga 6 Mac pertandingan bola sepak bagi Kawasan Pelajaran Simpang Empat telah diadakan. Pasukan bola sepak SK Long Boh juga turut menyertai pertandingan tersebut setelah tidak bertanding pada tahun sebelumnya. Saya telah diamanahkan untuk melatih pasukan ini yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga 6.

Bilangan murid yang sedikit adalah menyukarkan untuk memilih murid-murid yang mempunyai kemahiran dalam permainan bola sepak. Hanya 4 orang murid sahaja yang mempunyai asas dalam permainan ini dan selebihnya hanya mula mengenali permainan bola sepak pada 3 minggu sebelum hari pertandingan.

Latihan telah dijalankan pada setiap petang untuk menyediakan pasukan  yang serba kekurangan ini agar dapat memberi cabaran dalam pertandingan nanti. Setiap sesi latihan berjalan dengan lancar namun begitu masa 3 minggu bukanlah masa yang mencukupi untuk membentuk pasukan yang mantap.

Pada 2 Mac 2009, pasukan SKLB telah turun menentang pasukan Sekolah Agama Islam Rendah . Pasukan ini berjaya memperolehi kemenangan yang pertama sejak beberapa tahun yang lalu dengan jaringan 5  berbalas 1. Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan memandangkan latihan hanya dimulakan pada 3 minggu yang lalu.

Pada 3 Mac 2009, pasukan SKLB telah turun menentang sebuah pasukan yang sememangnya digeruni di kawasan Simpang Empat iaitu SK Utan Aji. Pasukan SKLB telah tewas dengan teruk kepada pasukan yang lebih baik dan menjalani latihan yang lebih sistematik.

Pada 4 Mac 2009, pasukan SKLB telah turun menentang pasukan Sg Berembang dalam misi mencipta kejutan untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir buat pertama kalinya. Pertarungan di atas padang menjadi begitu sengit apabila kedua-dua pasukan saling serang-menyerang untuk mencari gol kemenangan. Walaupun pasukan SKLB kurang pengalaman dari SK Sg Berembang namun begitu pemain-pemain SKLB telah memberikan satu persembahan yang  membanggakan kerana dapat menyerap asakan-asakan pihak lawan. Malah mereka juga dapat melakukan serangan-serangan yang berbahaya ke arah pintu gol lawan. Kekurangan pengalaman sahaja yang menghalang pasukan SKLB mencipta kejayaan. Keputusan berakhir dengan jaringan 1 berbalas 1. Walaupun mata yang dikumpul adalah sama namun  pasukan Sg Berembang layak ke perlawanan separuh akhir di atas kelebihan jaringan sepanjang pertandingan.

Saya berasa amat bangga akan murid-murid saya yang bermain dengan bersungguh-sungguh sepanjang pertandingan tersebut. Andaikata mereka menjalani latihan yang lebih lama mungkin keputusan yang diperolehi lebih membanggakan. Kami berjanji akan lebih bersedia dan memberi tentangan yang lebih hebat pada tahun hadapan.

Pasukan Bola SepakPasukan Bola SepakPasukan Bola Sepak

KEJOHANAN OLAHRAGA KAWASAN PELAJARAN SIMPANG EMPAT 2009

Pada 24 dan 25 Februari 2009 Kejohanan Olahraga  Peringkat Kawasan Simpang Empat telah diadakan di SK Utan Aji. SK Long Boh telah berjaya mendapat 1 pingat emas dan 2 pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.

Senarai Nama Pemenang Pingat :

1. Adik Amir ( Emas bagi acara 50 meter L )

2. Adik Naziha ( Gangsa bagi acara 50 meter P )

3. Adik Syazwani Shahidan ( Gangsa bagi acara lontar peluru )

Pasukan Perbarisan SK Long BohEmas Pertama 50 meter L

Pingat Gangsa 50 meter P

Adalah menjadi harapan Pasukan Olahraga SKLB akan mencapai lebih banyak kejayaan di kejohanan akan datang.