NAIB JOHAN PIDATO PERINGKAT NEGERI

Thursday, July 14, 2011


Kecil-kecil Cili Padi
Biapun kecil tetap berapi !

Tahniah ! Sekali lagi adik Nasywa membuktikan bahawa dia memang berbakat apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Walaupun tidak menjadi johan namun pencapaian merangkul tempat kedua adalah amat membanggakan kerana adik Nasywa baru berusia 11 tahun. Semua warga SK Long Boh menyambut khabar kemenangan adik Nasywa dengan perasaan gembira dan bangga. Tahniah sekali lagi buat adik Nasywa yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.



Tersenyum gembira.


Berpidato dengan penuh semangat.


Sedikit kegusaran terpancar di wajahnya.


Menerima piala bersama ibu yang merangkap juru latih. Tahun depan ada lagi.
.

Gambar adik Nasywa bersama ibu, adik dan wakil sekolah ( merangkap jurugambar profesional )


Meraikan bersama keluarga tersayang.


Gambar peserta dan pemenang pertandingan pidato Negeri Perlis.

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Friday, July 8, 2011


Peserta yang pertama sampai ke garisan penamat.


Gaya seorang olahragawan. Mudah-mudahan....


Para peserta dilepaskan. Guru yang paling seronok tu !


Puan Guru Besar melepaskan peserta.


Pengacara dan pembantunya sedang memberi taklimat


Latihan memanaskan badan.


Larian seorang juara?

SAMBUTAN ISRAA DAN MIKRAJ 2011

Friday, July 1, 2011

Sambutan Israa dan Mikraj tahun ini telah diadakan dengan penuh pengisian tentang ilmu iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Selain ceramah, semua murid juga diajar cara mengambil wuduk dan mengerjakan sembahyang dengan betul. Seterusnya nurid telah menjalani latihan praktikal di bawah seliaan fasilitator yang dilantik. Setiap murid akan dinilai semasa praktikal dan setiapkelemahan akan diperbaiki agar semua murid SK Long Boh mempunyai ilmu agama yang secukupnya.


Sedang menunggu giliran.


Latihan praktikal untuk memantapkan pengetahuan.


Murid juga diuji dari segi bacaan.


Demonstrasi dan praktikal secara beramai-ramai.