MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN PEMBERIAN DUIT RAYA

Saturday, August 27, 2011

Pada 25 Ogos 2011 telah diadakan sebuah Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim dan diikuti dengan Majlis Pemberian Duit Raya kepada murid-murid SK Long Boh. Majlis yang berlangsung di dewan terbuka telah berjalan dengan lancar.



Tersenyum gembira menerima sumbangan beras.


Apabila cikgu beraya. Mohon maaf dipinta bersama.


Kalau senyum lebar tu bermaknanya SEKOLAH DAH CUTI !!!!!!!


Dipetik dari sebuah drama TV3.
" Ampunkan anaknda, bonda ! Bonda pun sama." Sedih sungguh.



Murid-murid menerima duit raya daripada cikgu-cikgu.



SAJAK IBU DARIPADA ADIK NASYWA

Friday, August 12, 2011


IBU

Ibu
Selama sembilan bulan
Kau menahan kesakitan
Selama setitik air matamu
Jatuh ke bumi
Selama darahmu
mengalir ke dalam tubuhku

Ibu
Kau melindungi aku
Kau menyayangi aku
Sepenuh hatimu
Luka dan calar di tubuhku
Kau ubati
Dengan kasih sayang mu

Ibu Aku bersyukur kepada Allah
Kerana dikurniakan
Seorang ibu kepada ku

Ibu......


Nur Nadwatul Nasywa