UNIFORM BARU

Tuesday, March 29, 2011

Cikgu-cikgu SK Long Boh yang segak dan ayu telah bersama-sama memperagakan uniform baru pada perhimpunan pagi minggu ini. Uniform ini akan dipakai semasa majlis-majlis rasmi sekolah dan juga pada hari kokurikulum.


Cikgu-cikgu lelaki yang penuh bergaya ( Perasan !)


Ni ! Cikgi-cikgi yang pantang jumpa kamera. Posing ala model baju.

PERJALANAN YANG JAUH

Wednesday, March 23, 2011

Pasukan baru bola sepak SKLB telah menamatkan saingan dalam pertandingan peringkat Kawasan Simpang Empat dengan kalah dalam semua perlawanan yang disertai. Kekalahan dengan bilangan gol yang agak banyak dalam setiap perlawanan tidak sedikitpun mematahkan keinginan pemain-pemain bola sepak SKLB untuk terus bermain bola sepak.

Pasukan yang rata-ratanya terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5 ini telah menjadikan pertandingan ini sebagai satu siri pendedahan kepada permainan bola sepak kerana hampir semua daripada mereka baru sahaja belajar bermain bola sepak pada tahun ini. Ini adalah kerana padang Sekolah Kebangsaan Long Boh tidak boleh digunakan hampir selama 2 tahun kerana bangunan baru dibina di atasnya dan kini padang tersebut telah rosak kerana kerja-kerja pembinaan. Latihan di atas jalan raya dan padang yang berbatu telah diadakan setakat yang mampu.

Apa yang bolah dikatakan, hanya semangat ingin bertanding dan keinginan untuk bermain dijadikan bekalan sepanjang pertandingan. Perjalanan masih jauh namun kaki-kaki kerdil ini akan tetap melangkah hingga mencapai destinasinya.

Rata-rata pemain terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5.

Bersalaman sebelum pertandingan.


Tidak sabar-sabar menanti giliran masuk ke dalam padang.

LATIHAN PASUKAN BOLA JARING SKLB

Wednesday, March 16, 2011

Pasukan Bola Jaring SKLB telah mengadakan latihan semasa cuti sekolah ini sempena persediaan menghadapi Kejohanan Bola Jaring Peringkat Kawasan Simpang Empat.


Latihan dari segi taktikal menjadi keutamaan.


Lihatlah ! Teknik mengapung bola di udara .........!!!!!!


Hemm.... bila la bola nak jatuh ni ?


Teknik menghantar bola jauh.

GAMBAR SELEPAS MENJALANI LATIHAN INTENSIF

Monday, March 14, 2011

Biarpun letih masih mampu tersenyum. Persediaan menghadapi pertandingan tetap diadakan biarpun orang lain sedang bercuti.


Belakang : Hanif, Farid, Firdaus, Syazwan, Hazwan, Syazmeer dan Adzim
Tengah : Afiq, Razulul, Sobri, Amir, Amin dan Alif
Hadapan: Kamarudin, Ariff, Ihwan dan Iskandar.

LATIHAN KEMAHIRAN PASUKAN BOLA SEPAK

Latihan kemahiran bola sepak telah dijalankan untuk murid-murid SK Long Boh sebagai satu persediaan bagi kejohanan peringkat kawasan bagi tahun 2012. Walaubagaimanapun latihan ini terpaksa dibatalkan kerana ingin memberi tumpuan kepada pertandingan bola sepak peringkat kawasan pada tahun ini yang akan diadakan pada 21 Mac 2011.

Penyertaan pada tahun ini sebagai satu pendedahan kepada pemain kerana sebahagian besar daripada mereka baru sahaja belajar bermain bola sepak pada tahun ini.Ini adalah kerana pada tahun 2010 pasukan SK Long Boh tidak mengambil bahagian kerana padang sekolah telah digunakan untuk membina bangunan baru.


Murid-murid yang terlibat dalam program pembangunan pasukan bola sepak SKLB.


Latihan kemahiran mengelecek bola.


Mengaplikasikan kemahiran yang diajar.


Minat dan keazaman menjadi bekalan bagi mencapai matlamat.

LATIHAN PASUKAN OLAHRAGA SKLB

Saturday, March 5, 2011

Pasukan olahraga SKLB giat mengadakan latihan untuk menghadapi kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Simpang Empat yang akan diadakan di SK Utan Aji pada 8 dan 9 Mac 2011. Menjadi harapan semua warga SKLB agar tahun ini menjanjikan lebih banyak kejayaan daripada tahun-tahun yang lepas.


Adik Atiqah menjalani latihan larian kepantasan.


Adik Ikhwan antara pelari yang akan menyertai kejohanan.


Video Latihan Larian ( Saksikan Pelajar SKLB Berlatih )

LATIHAN PASUKAN BOLA BALING

Thursday, March 3, 2011


Penjaga gol pasukan perempuan sedang berlatih.


Banyak peminat juga penjaga gol ni !


Latihan merejam bola ke dalam gol.