PERJALANAN YANG JAUH

Wednesday, March 23, 2011

Pasukan baru bola sepak SKLB telah menamatkan saingan dalam pertandingan peringkat Kawasan Simpang Empat dengan kalah dalam semua perlawanan yang disertai. Kekalahan dengan bilangan gol yang agak banyak dalam setiap perlawanan tidak sedikitpun mematahkan keinginan pemain-pemain bola sepak SKLB untuk terus bermain bola sepak.

Pasukan yang rata-ratanya terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5 ini telah menjadikan pertandingan ini sebagai satu siri pendedahan kepada permainan bola sepak kerana hampir semua daripada mereka baru sahaja belajar bermain bola sepak pada tahun ini. Ini adalah kerana padang Sekolah Kebangsaan Long Boh tidak boleh digunakan hampir selama 2 tahun kerana bangunan baru dibina di atasnya dan kini padang tersebut telah rosak kerana kerja-kerja pembinaan. Latihan di atas jalan raya dan padang yang berbatu telah diadakan setakat yang mampu.

Apa yang bolah dikatakan, hanya semangat ingin bertanding dan keinginan untuk bermain dijadikan bekalan sepanjang pertandingan. Perjalanan masih jauh namun kaki-kaki kerdil ini akan tetap melangkah hingga mencapai destinasinya.

Rata-rata pemain terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5.

Bersalaman sebelum pertandingan.


Tidak sabar-sabar menanti giliran masuk ke dalam padang.

0 comments:

Post a Comment