KEJAYAAN UPSR 2009

Wednesday, November 18, 2009

                     Seramai 5 orang murid Tahun 6 telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2009. Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan bagi warga SK Long Boh kerana berjaya mengatasi bilangan murid yang mendapat 5A iaitu seramai 3 orang bagi tahun 2008.

Tahniah diucapkan ! 


 Farisha, Amira Syazwani, Nor  Syamira, Nor Syazwani dan Tasneem

Murid Cemerlang SK Long Boh. Tahniah !!!!!!!!

SAMBUTAN HARI ANUGERAH SK LONG BOH

               Pada 19 November 2009, SK Long Boh telah mengadakan Hari Anugerah untuk menghargai murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang 2009. Selain penyampaian hadiah, beberapa persembahan dari Kelab Seni Budaya juga disajikan khas untuk ibu bapa dan tetamu yang hadir. 

             Semoga semua murid yang berjaya akan terus gemilang dan cemerlang di masa akan datang.


Tokoh Murid 2009,

Adik Syazwani bersama ibu tersayang dan Guru Besar SK Long Boh.


Antara murid-murid yang cemerlang dalam akademik.

Penyampaian Sijil Tamat Sekolah kepada murid Pra Sekolah.



Persembahan Tarian dari Kelab Seni Budaya.

Kelab Seni Budaya juga mempersembahkan dikir barat.

JAMUAN AKHIR TAHUN 6 SESI 2009

Friday, November 13, 2009

           Pada 12 November 2009, Kelas Tahun 6 telah mengadakan jamuan akhir tahun mereka. Jamuan yang diadakan di dalam kelas itu telah berjalan dengan lancar dan meriah. Semua guru dan staff telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan.

             Semoga semua pelajar Tahun 6 SK Long Boh akan mencapai kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan UPSR yang dijangka akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.


Adik Syazwani, wakil pelajar Tahun 6 memberi ucapan.

Barisan pentadbir SK Long Boh turut memeriahkan majlis.


Pelajar-pelajar sedang menunggu doa makan dibacakan.

Barisan Ustaz SK Long Boh. Bila nak baca doa ni ?

AKTIVITI PENUTUP BULAN BAHASA

           Sempena hari terakhir Bulan Bahasa Kebangsaan pelbagai aktiviti telah diadakan di SK Long Boh. Agak terkilan di hati ini apabila saya tidak dapat mengabadikan aktiviti-aktiviti tersebut melalui kamera kerana agak sibuk pada hari itu. 

          Walaubagaimanapun saya sempat menangkap gambar sewaktu pertandingan berbalas pantun. Inilah pertama kali pertandingan seperti ini dapat diadakan dan syukur semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang sudi mengambil bahagian dalam pertandingan berbalas pantun

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Tahun hadapan kita berjumpa lagi.


Pasukan Puteri sedang menjual pantun.


Berpeluh-peluh juga peserta Putera di atas pentas tu !