HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

Tuesday, November 16, 2010

Suasana suram masih melanda warga SK Long Boh yang terlibat dengan bencana banjir. Hampir 95 % murid SK Long Boh terjejas kehidupan harian dengan bencana yang dikatakan terburuk di Perlis. Walaubagaimanapun, Hari Anugerah Kecemerlangan tetap diteruskan dengan cara yang sederhana namun tetap meriah. Diharapkan pada tahun hadapan Hari Anugerah Kecemerlangan dapat diadakan dengan lebih jayanya.



Hemmm...... boleh tahan gaya budak ni !


Persembahan solo dari adik Danial.


Ini ialah cara menyapu air pada musim banjir.


Aikk apasal gelap ni ? Nak menari macam mana ?


Bukan saja pandai dalam kelas, rupanya menari pun boleh.

BANJIR MELANDA PERLIS


Pemandangan Kampung Long Boh yang ditenggelami air.


Air masih belum surut walaupun sudah 5 hari berlalu.


Pemandangan dari bangunan baru SK Long Boh.


Dua orang jejaka sedang membersihkan bilik guru.


Gerak gempur mencuci bilik guru.

PERKHEMAHAN PERDANA SK LONG BOH

Tuesday, October 19, 2010


Posing di hadapan khemah dengan pelbagai gaya.


Acara siapa panjang. Habis kecoh satu sekolah kerana nak menang.



He he he macam baru kena tsunami ja !



Latihan sebelum pertandingan kawad.



Beraksi sewaktu pertandingan. Gabungan unit Puteri Islam dan Pengakap.


Ketua Platun memberi arahan. Aii, apasal ada kertas kat tangan pulak tu !


Sesi menurunkan khemah. Jumpa lagi tahun hadapan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2010

Thursday, September 23, 2010


Guru Besar memberi ucapan.


Peserta-peserta yang terlibat dalam majlis khatam Al-Quran.


Ustaz J-Qaf mengetuai majlis.


Macam kenduri kahwin ja ni !


Murid-murid memberi tumpuan semasa majlis diadakan

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Wednesday, May 19, 2010

Pada 18 Mei 2010, warga SK Long Boh telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Walaupun disambut secara sederhana, sambutan yang diterima daripada guru dan murid-murid amat mengalakkan. Sambutan Hari Guru 2010 telah berlangsung dalam suasana yang ceria dan meriah.



Guru dan murid bersama-sama memeriahkan acara.


Acara melempar belon yang menjadi kemuncak sambutan Hari Guru.


Bergaya ayu sebelum acara bermula.



Meraikan kejayaan memasukkan bola dalam pertandingan bola raga.


Siapa tinggi , dia yang dapat.


Menanti bola dengan penuh tekun.


Acara memanaskan badan sebelum pertandingan bola tampar diadakan.


Acara wajib. Nyanyian lagu Guru Malaysia.


PK Hem membuat persembahan istimewa. Wow !


Di ambang sambutan Hari Guru 2010.

PROGRAM KESEDARAN PEMAKANAN SIHAT

Tuesday, April 27, 2010

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nur Syazana Othman ( Pegawai Sains Zat Makanan ) dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. 

Puan Syazana sedang memberikan penerangan.


Penerangan disertakan dengan gambar-gambar menarik.

PEMANTAUAN BUKU TEKS KALI PERTAMA 2010

Friday, April 23, 2010

                      Pada 22 April 2010, Unit SPBT SK Long Boh telah menjalankan pemantauan buku teks buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2010. Murid-murid yang didapati tidak menjaga buku teks telah diberi amaran keras. Pemantauan yang berkala akan dilakukan dalam memastikan buku teks sekolah ini dijaga dan diguna dengan penuh berhemah.

Buku murid yang menjaga buku teksnya. Tahniah !


Semua buku diperiksa sewaktu pemantauan dijalankan.


Pengawas sekolah diminta bekerjasama menjalankan pemantauan ini.


Murid yang melakukan kesalahan akan dicatat nama untuk tindakan yang selanjutnya.

AKTIVITI SEKOLAH SELAMAT

Sunday, April 18, 2010

Pada 14 April 2010, SK Long Boh telah mengadakan Program Sekolah Selamat dengan kerjasama Pasukan Pertahanan Awam Perlis. Tujuan program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang cara bertindak yang betul sewaktu berlakunya kemalangan dan musibah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah latihan CPR dan latihan menggunakan pemadam api.

Ni sapa yang buang baby ni ! ( Gurau je )


Latihan memadamkan api.


Jurulatih menunjukkan cara CPR yang betul.


Taklimat cara melawan api.


Murid mempraktikkan cara membuat CPR.



Ni hidup lagi ke tak ni ?       



SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA PKP SIMPANG EMPAT PADA 3 DAN 4 MAC 2010

Monday, March 8, 2010


Atlet acara 100 meter dan acara lari berganti-ganti.



Acara perasmian dan pasukan olahraga SK Long Boh



Antara barisan guru-guru SK Long Boh yang bertugas pada hari kejohanan.