MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR

Friday, October 21, 2011

Tanggal 21 Oktober 2011, diselubungi cuaca yang agak suram dan dingin di SK Long Boh telah diadakan Majlis Perpisahan sempena Persaraan Puan Guru Besar Hajah Zaleha Binti Hashim. Majlis ini diadakan khusus untuk murid-murid dan guru-guru agar dapat bersama-sama dengan Puan Guru Besar buat kali terakhir sebelum beliau berangkat ke Mekah dan seterusnya bersara pada 1 Disember 2011. Majlis telah berjalan lancar walaupun disambut secara sederhana kerana apa yang penting adalah kenangan semasa beliau berada bersama.

Selamat bersara dan menjalani kehidupan yang bahagia selepas ini.


Ucapan kali terakhir Puan Guru Besar untuk semua.


Gambar Semua Guru SK Long Boh dan Puan Guru Besar.


Hadiah disampaikan oleh ketua kelas


Inilah antara hadiah yang diterima beliau


Majlis bersalam-salaman dengan Guru Besar


Hadiah daripada Kelas Tahun 2


Sesi bergambar dengan Puan Guru Besar ( Klik pada gambar untuk lebih jelas )


Tahun 6 & Tahun 5


Tahun 4 & Tahun 3



Tahun 2 & Tahun 1


Kelas Pra Sekolah

JAMUAN PERPISAHAN GURU BESAR

Wednesday, October 19, 2011

Sempena persaraan Guru Besar SK Long Boh satu majlis jamuan perpisahan diadakan di kantin sekolah. Majlis ini turut diadakan sempena keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah pada 24 Oktober 2011.


Puan Guru Besar bersama-sama tetamu jemputan yang hadir.


Puan Hajah Zaleha Hashim, Guru Besar SK Long Boh.


Ucapan pengerusi majlis merangkap wakil guru-guru.


Majlis yang serba sederhana tetapi amat bermakna.


Jamuan kali terakhir buat Guru Besar di sekolah ini.

PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT NEGERI PERLIS

Friday, October 14, 2011

Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Perlis telah diadakan di Putra Palace pada 10 Oktober 2011. Sekolah Kebangsaan Long Boh telah diwakili oleh adik Aliff Aiman dan adik Nur Nadwatul Nasywa. Penyertaan di peringkat negeri ini telah dijadikan satu pengalaman yang amat berguna kerana ini adalah kali pertama mereka menyertai pertandingan seumpama ini.


Sebelum bertanding.....kita makan dulu !


Adik Nasywa beraksi dalam pusingan pertama.


Adik Aliff Aiman dalam pusingan kedua.


Tumpuan sepenuhnya diberikan semasa pusingan ketiga ( Peringkat Separuh Akhir )


Apakah yang sedang difikirkan oleh adik Aiman tu ?


Suasana pertandingan dalam dewan.

SUKAN SEKOLAH 2011 BAHAGIAN 2

Saturday, October 8, 2011

Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang telah membantu menjayakan Sukan Sekolah Kebangsaan Long Boh 2011. Semoga sukan seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan dengan skala yang lebih besar dan meriah tanpa sebarang gangguan daripada yang tidak berkenaan.



Pasukan Rumah Temenggung diketuai oleh Cikgu Mazlina.



Pasukan Rumah Laksamana diketuai oleh Cikgu Diana.


Pasukan Rumah Bendahara diketuai oleh Cikgu Mahani.


Lafaz ikrar kejohanan oleh Adik Hazwan Mustaqim.


Ucapan daripada Puan Guru Besar Hajah Zaleha.


Pengacara majlis penutup, Cikgu Diana.


Gambar menceritakan pelbagai kisah. Saksikan !






SUKAN SEKOLAH 2011 BAHAGIAN 1

Thursday, October 6, 2011


Acara 100 meter Tahun 5 Perempuan.


Adik Fatin dalam acara lontar peluru perempuan. Gaya seorang juara.



Pemidato sekolah juga tidak ketinggalan untuk bersukan.


Hanif dengan gaya yang tersendiri.



Pegawai-pegawai yang bertugas dengan penuh amanah dan cekap.


Syazwan menunjukkan arah peluru yang akan dilontar.



Video adik Fatin