GOTONG-ROYONG ANTI DENGGI DI SK LONG BOH

Saturday, February 20, 2010

Pada 12 Februari 2010, Kempen Gotong -Royong Anti Denggi telah dijalankan. Murid tahun 4 dan 5 telah turut serta dalam kempen yang diadakan.Sebelum kempen dijalankan, Cikgu Chong telah memberikan taklimat tentang kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan . Matlamat gotong royong ini ialah untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar sekolah. Gotong royong ini berakhir pada pukul 9.00 pagi.


Taklimat oleh Cikgu Chong


Murid bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan


Kerja Sepakat Membawa Berkat


Pose seorang murid sewaktu gotong-royong.

HARI MERENTAS DESA 2010

Sunday, February 7, 2010

                 Pada 5 Februari 2010, SK Long Boh telah mengadakan Hari Merentas Desa yang melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan 6 manakala murid tahu 1, 2 dan pra sekolah mengikuti acara suka neka. Murid-murid ini mewakili 3 rumah sukan iaitu Merah, Hijau dan Biru. Peserta-peserta acara merentas desa ini telah dilepaskan sendiri oleh Puan Guru Besar. 


Peserta Acara Merentas Desa

Latihan memanaskan badan sebelum berlari.


Ha ! Apasal tak pakai baju sekolah ni ?


Gaya berlari peserta  rumah Hijau. Cewah !