PROGRAM KESEDARAN PEMAKANAN SIHAT

Tuesday, April 27, 2010

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nur Syazana Othman ( Pegawai Sains Zat Makanan ) dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. 

Puan Syazana sedang memberikan penerangan.


Penerangan disertakan dengan gambar-gambar menarik.

PEMANTAUAN BUKU TEKS KALI PERTAMA 2010

Friday, April 23, 2010

                      Pada 22 April 2010, Unit SPBT SK Long Boh telah menjalankan pemantauan buku teks buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2010. Murid-murid yang didapati tidak menjaga buku teks telah diberi amaran keras. Pemantauan yang berkala akan dilakukan dalam memastikan buku teks sekolah ini dijaga dan diguna dengan penuh berhemah.

Buku murid yang menjaga buku teksnya. Tahniah !


Semua buku diperiksa sewaktu pemantauan dijalankan.


Pengawas sekolah diminta bekerjasama menjalankan pemantauan ini.


Murid yang melakukan kesalahan akan dicatat nama untuk tindakan yang selanjutnya.

AKTIVITI SEKOLAH SELAMAT

Sunday, April 18, 2010

Pada 14 April 2010, SK Long Boh telah mengadakan Program Sekolah Selamat dengan kerjasama Pasukan Pertahanan Awam Perlis. Tujuan program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang cara bertindak yang betul sewaktu berlakunya kemalangan dan musibah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah latihan CPR dan latihan menggunakan pemadam api.

Ni sapa yang buang baby ni ! ( Gurau je )


Latihan memadamkan api.


Jurulatih menunjukkan cara CPR yang betul.


Taklimat cara melawan api.


Murid mempraktikkan cara membuat CPR.



Ni hidup lagi ke tak ni ?