MENJELANG SUKAN SEKOLAH

Wednesday, September 28, 2011

Menjelang sukan sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011, cikgu-cikgu SK Long Boh bertungkus lumus menyediakan balapan 60 meter. Padang sekolah yang bertakung dengan air dan permukaan tanah yang lembut menyebabkan padang tersebut tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini demikian kerana Perlis kini sedang dilanda musim tengkujuh dan dijangka akan berterusan hingga ke bulan November nanti. Sebagai gantinya sebuah mini balapan dibuat di atas jalan raya agar sukan sekolah ini dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.


Cikgu Chong dan Cikgu Shaiful bergambar selepas penat bekerja.


Mereka yang turut menyumbang tenaga menyiapkan balapan sekolah.


Ini bukan menconteng ya tetapi menyiapkan tempat peserta bermula.


Mini balapan yang telah siap. Ok Tak ? Macam stadium kan ?


Pandangan dari atas mini balapan SKLB.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011

Sunday, September 25, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform bagi tahun 2011 telah disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan 6. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memantapkan ilmu pengetahuan murid-murid dalam bidang kokurikulum.


Pertandingan Kawad Kaki.


Adik Syazwan sedang memberi arahan kawad.


Memberi tumpuan sewaktu aktiviti kawad dijalankan



Senaman pagi. Teknik kung fu !


Bersungguh-sungguh bersenam di waktu pagi.


Guru aerobik Sk Long Boh Encik Chong.


Saksikan murid-murid ini beraksi.

JAMUAN HARI RAYA 2011

Friday, September 23, 2011

Jamuan Hari Raya telah diadakan di dewan sekolah yang melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Long Boh. Selain itu turut dijemput ahli jawatankuasa PIBG dan bekas-bekas guru dan pekerja yang pernah bertugas di sini. Majlis yang bermatlamatkan mengeratkan hubungan antara warga SK Long Boh telah berjalan dengan lancar dan meriah.


Majlis diadakan di Dewan Terbuka SKLB.


Murid-murid menunggu masa untuk makan.



Puan Yusniza yang pernah bertugas di Sk Long Boh.


Penyampaian cenderamata kepada mereka yang pernah berkhidmat di sini.


Semua yang hadir sedang memilih juadah yang telah disediakan.

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSSPs

Wednesday, September 14, 2011

Program pembangunan bola sepak MSSPs dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan pada 10 September 2011 bertempat di SK Kubang Gajah. Murid-murid daripada Tahun 4 hingga Tahun 1 dari seluruh Perlis telah menjalani sesi pemilihan kali pertama ini.

Sesi pemilihan kali kedua akan diadakan di tempat yang sama pada tarikh 17 September 2011 iaitu sebelum pemilihan terakhir yang akan diadakan pada penghujung bulan September ini. Semua peserta yang tidak terpilih dan baru hendak mencuba akan diberi peluang untuk berbuat demikian.


Adik-adik berumur 8 tahun menunjukkan bakat


Ketua panel pemilihan iaitu Yusri Che Lah ( bekas pemain kebangsaan )


Adik-adik kecil bersungguh-sungguh menunjukkan bakat



Masing-masing tidak sabar untuk beraksi.


Latihan memanaskan badan sebelum beraksi.


Peserta-peserta diberi taklimat mengikut kategori umur.


Tendangan seorang penjaga gol.