MENJELANG SUKAN SEKOLAH

Wednesday, September 28, 2011

Menjelang sukan sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011, cikgu-cikgu SK Long Boh bertungkus lumus menyediakan balapan 60 meter. Padang sekolah yang bertakung dengan air dan permukaan tanah yang lembut menyebabkan padang tersebut tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini demikian kerana Perlis kini sedang dilanda musim tengkujuh dan dijangka akan berterusan hingga ke bulan November nanti. Sebagai gantinya sebuah mini balapan dibuat di atas jalan raya agar sukan sekolah ini dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.


Cikgu Chong dan Cikgu Shaiful bergambar selepas penat bekerja.


Mereka yang turut menyumbang tenaga menyiapkan balapan sekolah.


Ini bukan menconteng ya tetapi menyiapkan tempat peserta bermula.


Mini balapan yang telah siap. Ok Tak ? Macam stadium kan ?


Pandangan dari atas mini balapan SKLB.

0 comments:

Post a Comment