NAIB JOHAN PIDATO PERINGKAT NEGERI

Thursday, July 14, 2011


Kecil-kecil Cili Padi
Biapun kecil tetap berapi !

Tahniah ! Sekali lagi adik Nasywa membuktikan bahawa dia memang berbakat apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Walaupun tidak menjadi johan namun pencapaian merangkul tempat kedua adalah amat membanggakan kerana adik Nasywa baru berusia 11 tahun. Semua warga SK Long Boh menyambut khabar kemenangan adik Nasywa dengan perasaan gembira dan bangga. Tahniah sekali lagi buat adik Nasywa yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.



Tersenyum gembira.


Berpidato dengan penuh semangat.


Sedikit kegusaran terpancar di wajahnya.


Menerima piala bersama ibu yang merangkap juru latih. Tahun depan ada lagi.
.

Gambar adik Nasywa bersama ibu, adik dan wakil sekolah ( merangkap jurugambar profesional )


Meraikan bersama keluarga tersayang.


Gambar peserta dan pemenang pertandingan pidato Negeri Perlis.

0 comments:

Post a Comment