BLOG INI AKAN DITUTUP

Sunday, February 12, 2012



Akhirnya tibalah masanya, blog SK Long Boh ini akan ditutup kerana aku sudah mula menguruskan Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Long Boh yang telah dibina sejak 3 minggu yang lalu. Sudah pasti aku tidak mampu menguruskan blog dan portal sekolah dalam masa yang sama. Perasaan sedih tetap terasa kerana sudah hampir 3 tahun blog ini memaparkan kegiatan murid-murid SK Long Boh. Segala kejayaan yang dicapai telah dikongsi bersama di blog ini.

Kini segala maklumat dan aktiviti murid-murid SK Long Boh boleh diikuti di portal rasmi sekolah. Mungkin inilah catatan terakhir dalam blog ini. Bilakah masanya blog ini akan hilang dari alam cyber ini ? Aku pun tak pasti.

Untuk mengikuti aktiviti SK Long Boh anda bolehlah layari laman web ini
http://www.jpnperlis.gov.my/sklongboh/

KEJAYAAN SK LONG BOH 2012

Friday, January 20, 2012


Tahniah !
Johan Bola Jaring PKP Simpang Empat 2012.

GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN BOLA JARING PKP SIMPANG EMPAT


Adik Nazifa menerima hadiah Johan Bola Jaring.



Barisan Juruletih dan pengurusan pasukan bola jaring SKLB.



Bersedia untuk bertempur dengan pihak lawan.



Thanks to the camerawoman ( Teacher Diana) for all the picture.



Masa untuk makan !



Aksi semasa perlawanan akhir.



Melompat tinggi untuk menghalang hantaran lawan.



Ganas betul bola jaring ni ! Siap main tampar-tampar lagi.

SK LONG BOH JOHAN BOLA JARING KAWASAN SIMPANG EMPAT

Thursday, January 19, 2012

Bertempat di SK Datuk Ahmad Musa, pasukan bola jaring SKLB telah berjaya menjadi johan untuk tahun 2012. Pasukan bimbingan Cikgu Norafizah dan Cikgu Harison ini telah menewaskan SK Utan Aji dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Pasukan SK Long Boh telah berjaya mengatasi SK Utan Aji dengan 13 berbalas 12. Tahniah buat para pemain dan juga jurulatih-jurulatih pasukan bola jaring SK Long Boh.

Minta maaflah kerana terlupa nak tangkap gambar sebab terlalu asyik dengan perlawanan yang sengit. Gambar akan dimuat naik nanti . Sabar je lah.

UPACARA PERLANTIKAN PENGAWAS DAN KETUA PENGAWAS SEKOLAH

Tuesday, January 17, 2012


Upacara lafaz ikrar pengawas sesi 2012


Ketua Pengawas ( Adik Aiman ) dan penolongnya ( Adik Nasywa).


Ini bukannya acara mendera pengawas., he he he.


Upacara perlantikan ketua pengawas.


Adik Aliff Aiman mengetuai bacaan ikrar.

PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PERPUSTAKAAN

Sunday, January 8, 2012

Pada 9 Januari 2012 telah dijalankan lafaz ikrar sempena perlantikan pengawas pusat sumber dan perpustakaan bagi sesi 2012. Semoga dengan perlantikan ini akan menjadi dorongan untuk murid-murid SK Long Boh berkhidmat dengan lebih berdedikasi.



Antara barisan pengawas pusat sumber bagi sesi 2012


Adik Azwina mengetuai lafaz ikrar di samping Cikgu Harison.

OPERASI BILIK BOSS

Tuesday, December 6, 2011

Inilah bilik BOSS baru SK Long Boh setelah berpindah ke bangunan yang baru. Walaupun bilik ini tidaklah besar namun cukup memadai untuk saya beroperasi di sini. Hujung tahun selalunya masa untuk saya memproses buku yang dikutip dan menyediakan set buku-buku untuk digunakan oleh murid-murid pada tahun hadapan.


Inilah keadaan bilik BOSS yang baru.


Buku-buku yang rosak dan perlu diganti.


Banyak ruang berbanding bilik lama.


Buku yang telah diproses dan siap untuk diedarkan.

PERKHEMAHAN PERINGKAT KAWASAN SIMPANG EMPAT 2011

Thursday, November 24, 2011

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Peringkat Kawasan Simpang Empat telah diadakan di SK Long Boh. Sebanyak 9 buah pasukan unit beruniform dari sekolahsekolah kawasan pelajaran Simpang Empat mengambil bahagian. Perkhemahan telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan setinggi-tinggi tahniah kepada adik-adik yang menjayakan perkhemahan kali ini.



Kerja-kerja menyiapkan tapak perkhemahan sedang giat dijalankan di padang SK Long Boh.


Johan pertandingan kawad SK Utan Aji.



Majlis penutup perkhemahan di Dewan Terbuka SK Long Boh.


Persembahan malam kebudayaan oleh peserta terlibat.



Latihan kawad sebelum pertandingan.


Jangan sedih. Esok kita balik la !


Aktiviti " pecah ais" oleh Cikgu Rozlan.

Naib Johan pertandingan kawad SK Long Boh.



Drama minggu ini !


Bacaan ayat Al-Quran daripada salah seorang peserta.


Persembahan yang membawa gelaran johan persembahan.

ANUGERAH BOSS LIMA BINTANG NEGERI PERLIS

Monday, November 14, 2011



Hari ini bertempat di Dewan SJK (T ) Kangar, Sekolah Kebangsaan Long Boh telah dianugerahkan BOSS Lima Bintang Perlis bagi 2010. Semoga anugerah ini menjadi satu dorongan untuk meningkatkan pengurusan Bilik BOSS ke tahap yang lebih cemerlang.


JAMUAN AKHIR TAHUN ( KELAS TAHUN 4 DAN 5)

Friday, November 11, 2011

Bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Long Boh telah diadakan jamuan akhir tahun bagi Kelas Tahun 4 dan 5. Majlis yang berlangsung dengan meriah ini turut disertai oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Guru kelas Tahun 4 ialah Cik Diana dan guru kelas Tahun 5 iaitu Puan Norafizah telah sedaya upaya memastikan majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.

"Pastinya makanan yang disediakan amat menyelerakan.
Terima kasih untuk kelas Tahun 4 dan Tahun 5.
"


Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 sedang menikmati hidangan.



Guru-guru tidak melepaskan peluang menikmati hidangan yang disajikan.


Nampak tak ? Kek pun ada !


Cikgu Harisun bertindak sebagai pemotong agar-agar. Potong apa pun boleh.


Lepas guna kena cuci la pulak !

LINUS OH LINUS

Thursday, November 3, 2011

Seramai tiga orang murid Tahun 2 telah terlibat dalam LINUS saringan 6. Walaupun agak lemah dalam pembelajaran namun keceriaan dan kadang-kadang jawapan yang tidak masuk akal diberikan , mereka tetap dengan diri mereka.


Adik Radzhiah menjawab soalan Literasi.


Adik Fazreen berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan.


Adik Afif Jazimin tersenyum gembira kerana saringan sudah selesai.

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR

Friday, October 21, 2011

Tanggal 21 Oktober 2011, diselubungi cuaca yang agak suram dan dingin di SK Long Boh telah diadakan Majlis Perpisahan sempena Persaraan Puan Guru Besar Hajah Zaleha Binti Hashim. Majlis ini diadakan khusus untuk murid-murid dan guru-guru agar dapat bersama-sama dengan Puan Guru Besar buat kali terakhir sebelum beliau berangkat ke Mekah dan seterusnya bersara pada 1 Disember 2011. Majlis telah berjalan lancar walaupun disambut secara sederhana kerana apa yang penting adalah kenangan semasa beliau berada bersama.

Selamat bersara dan menjalani kehidupan yang bahagia selepas ini.


Ucapan kali terakhir Puan Guru Besar untuk semua.


Gambar Semua Guru SK Long Boh dan Puan Guru Besar.


Hadiah disampaikan oleh ketua kelas


Inilah antara hadiah yang diterima beliau


Majlis bersalam-salaman dengan Guru Besar


Hadiah daripada Kelas Tahun 2


Sesi bergambar dengan Puan Guru Besar ( Klik pada gambar untuk lebih jelas )


Tahun 6 & Tahun 5


Tahun 4 & Tahun 3



Tahun 2 & Tahun 1


Kelas Pra Sekolah