Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Friday, July 8, 2011


Peserta yang pertama sampai ke garisan penamat.


Gaya seorang olahragawan. Mudah-mudahan....


Para peserta dilepaskan. Guru yang paling seronok tu !


Puan Guru Besar melepaskan peserta.


Pengacara dan pembantunya sedang memberi taklimat


Latihan memanaskan badan.


Larian seorang juara?

SAMBUTAN ISRAA DAN MIKRAJ 2011

Friday, July 1, 2011

Sambutan Israa dan Mikraj tahun ini telah diadakan dengan penuh pengisian tentang ilmu iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Selain ceramah, semua murid juga diajar cara mengambil wuduk dan mengerjakan sembahyang dengan betul. Seterusnya nurid telah menjalani latihan praktikal di bawah seliaan fasilitator yang dilantik. Setiap murid akan dinilai semasa praktikal dan setiapkelemahan akan diperbaiki agar semua murid SK Long Boh mempunyai ilmu agama yang secukupnya.


Sedang menunggu giliran.


Latihan praktikal untuk memantapkan pengetahuan.


Murid juga diuji dari segi bacaan.


Demonstrasi dan praktikal secara beramai-ramai.

PERHIMPUNAN TERAKHIR

Sunday, June 19, 2011

Janganlah terkejut. Sekolah Kebangsaan Long Boh bukannya ditutup tetapi selepas ini perhimpunan akan diadakan di bangunan baru. Puan guru besar telah memberi arahan dalam perhimpunan hari Isnin bahawa semua kelas boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun bangunan lama ini masih digunakan oleh kelas-kelas J-Qaf , murid Tahun 1dan murid Tahun 2.


Cikgu-cikgu ni sedih ke atau gembira nak pindah bangunan baru ?


Ucapan terakhir Guru Besar di bangunan lama.

Mungkinkah ini demonstrasi tak nak berpindah ? Gurau je !

SAMBUTAN HARI GURU 2011 DI SK LONG BOH

Thursday, May 26, 2011


Acara sukaneka untuk murid-murid.


Acara dimulakan dengan perhimpunan pagi di dewan terbuka.


Perlawanan futsal antara guru-guru.


Perlawanan bola tampar antara guru dengan pasukan sekolah


Cikgu Diana wakil tunggal cikgu perempuan sedang membuat servis.


Pakai bedak baru nampak comel. Kan ? Kan ? Kan ?


Barisan guru dan pentadbir SK Long Boh.

PERTANDINGAN ACTION SONG DAN STORY TELLING

Wednesday, May 11, 2011

SK Long Boh telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori action song dan tempat ketiga dalam story telling peringkat kawasan Simpang Empat.

Pasukan Action Song yang menjadi naib johan ( Gambar sebelum pertandingan )


Adik Haikal mendapat tempat ketiga. ( Gambar sebelum pertandingan )

KEJAYAAN GEMILANG MURID-MURID SK LONG BOH

Thursday, April 28, 2011

JOHAN PIDATO PERINGKAT KAWASAN SIMPANG EMPAT


Potret Nur Nadwatul Nasywa. Puteri SKLB yang mengharumkan nama sekolah.


Adik Nasywa telah dinobatkan sebagai pemidato terbaik.



Jurulatih merangkap guru muzik dan merangkap ibu tersenyum gembira.


NAIB JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP DUA PERINGKAT
KAWASAN SIMPANG EMPAT


Adik Nabilah Shuhaimie menerima hadiah daripada Puan Guru Besar.

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

Monday, April 18, 2011

Pasukan Bola Tampar SK Long Boh telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan bola tampar peringkat kawasan Simpang Empat yang diadakan di SK Sungai Baru. Tahniah buat pasukan bola tampar SKLB !


Masing-masing berusaha mengambil bola.


Setiap bola yang dihantar akan cuba dibalas semula.


Teknik mengembalikan bola kepada pihak lawan.


Aksi memanaskan badan di tengah panas.