Pengawas Sekolah Sesi 2010
Pengawas Pusat Sumber Sesi 2010
SEK. KEB. LONG BOH,
JALAN TENGKU BUDRIAH,
02700, SIMPANG EMPAT,
PERLIS.
Seramai 5 orang murid Tahun 6 telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2009. Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan bagi warga SK Long Boh kerana berjaya mengatasi bilangan murid yang mendapat 5A iaitu seramai 3 orang bagi tahun 2008.
Tahniah diucapkan !
Farisha, Amira Syazwani, Nor Syamira, Nor Syazwani dan Tasneem
Murid Cemerlang SK Long Boh. Tahniah !!!!!!!!
Pada 19 November 2009, SK Long Boh telah mengadakan Hari Anugerah untuk menghargai murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang 2009. Selain penyampaian hadiah, beberapa persembahan dari Kelab Seni Budaya juga disajikan khas untuk ibu bapa dan tetamu yang hadir.
Semoga semua murid yang berjaya akan terus gemilang dan cemerlang di masa akan datang.
Tokoh Murid 2009,
Adik Syazwani bersama ibu tersayang dan Guru Besar SK Long Boh.
Antara murid-murid yang cemerlang dalam akademik.
Penyampaian Sijil Tamat Sekolah kepada murid Pra Sekolah.
Persembahan Tarian dari Kelab Seni Budaya.
Kelab Seni Budaya juga mempersembahkan dikir barat.Pada 12 November 2009, Kelas Tahun 6 telah mengadakan jamuan akhir tahun mereka. Jamuan yang diadakan di dalam kelas itu telah berjalan dengan lancar dan meriah. Semua guru dan staff telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan.
Semoga semua pelajar Tahun 6 SK Long Boh akan mencapai kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan UPSR yang dijangka akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.
Adik Syazwani, wakil pelajar Tahun 6 memberi ucapan.
Barisan pentadbir SK Long Boh turut memeriahkan majlis.
Pelajar-pelajar sedang menunggu doa makan dibacakan.
Sempena hari terakhir Bulan Bahasa Kebangsaan pelbagai aktiviti telah diadakan di SK Long Boh. Agak terkilan di hati ini apabila saya tidak dapat mengabadikan aktiviti-aktiviti tersebut melalui kamera kerana agak sibuk pada hari itu.
Walaubagaimanapun saya sempat menangkap gambar sewaktu pertandingan berbalas pantun. Inilah pertama kali pertandingan seperti ini dapat diadakan dan syukur semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang sudi mengambil bahagian dalam pertandingan berbalas pantun
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan kita berjumpa lagi.
Pasukan Puteri sedang menjual pantun.
Pada 12 Oktober 2009, Sek. Keb. Long Boh telah melancarkan satu perhimpunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi setiap minggu dan kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
Sambutan diteruskan dengan bacaan pantun dan sajak oleh murid-murid SK Long Boh. Program Bulan Bahasa Kebangsaan akan berterusan sepanjang bulan Oktober ini.
Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Adik Amira membaca pantun hari raya.
Persembahan sajak " Hujan".
Wakil murid Tahun 5 membaca sajak.
SK Long Boh telah kehilangan seorang murid apabila adik Norfitri B. Romli, murid tahun 6 telah meninggal dunia kerana sejenis penyakit ketumbuhan. Jenazahnya telah dikebumikan pada 29 Ogos 2009 di Long Boh.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraannya di akhirat kelak !
Al-Fatihah !
Adik Fitri sewaktu mewakili pasukan bola sepak sekolah.
©2008 SEKOLAH KEBANGSAAN LONG BOH, PERLIS | DezembroI by TNB