SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PADA 25 FEBRUARI 2010

Monday, March 8, 2010


Barisan Penceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul



Apahal cikgu tangkap gambar aku ni ?



Murid Pra Sekolah juga turut terlibat sama dalam sambutan ini.



Moga-moga mendapat manfaat di dunia dan akhirat.

LATIHAN UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA PKP SIMPANG EMPAT 2010


Latihan Sekitar Kg Long Boh


Ni bukan kes perempuan kejar lelaki. Cuma latihan.



Atlet acara larian SK Long Boh .

GOTONG-ROYONG ANTI DENGGI DI SK LONG BOH

Saturday, February 20, 2010

Pada 12 Februari 2010, Kempen Gotong -Royong Anti Denggi telah dijalankan. Murid tahun 4 dan 5 telah turut serta dalam kempen yang diadakan.Sebelum kempen dijalankan, Cikgu Chong telah memberikan taklimat tentang kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan . Matlamat gotong royong ini ialah untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar sekolah. Gotong royong ini berakhir pada pukul 9.00 pagi.


Taklimat oleh Cikgu Chong


Murid bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan


Kerja Sepakat Membawa Berkat


Pose seorang murid sewaktu gotong-royong.

HARI MERENTAS DESA 2010

Sunday, February 7, 2010

                 Pada 5 Februari 2010, SK Long Boh telah mengadakan Hari Merentas Desa yang melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan 6 manakala murid tahu 1, 2 dan pra sekolah mengikuti acara suka neka. Murid-murid ini mewakili 3 rumah sukan iaitu Merah, Hijau dan Biru. Peserta-peserta acara merentas desa ini telah dilepaskan sendiri oleh Puan Guru Besar. 


Peserta Acara Merentas Desa

Latihan memanaskan badan sebelum berlari.


Ha ! Apasal tak pakai baju sekolah ni ?


Gaya berlari peserta  rumah Hijau. Cewah !

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2010

Tuesday, January 12, 2010

Pada 11 Januari 2010, satu majlis perlantikan pengawas-pengawas sekolah telah diadakan.Pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber diminta untuk berdiri di hadapan perhimpunan seterusnya melafazkan ikrar. Dengan perlantikan ini, adalah menjadi harapan pihak sekolah agar mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Pengawas Sekolah Sesi 2010


Pengawas Pusat Sumber Sesi 2010

KEJAYAAN UPSR 2009

Wednesday, November 18, 2009

                     Seramai 5 orang murid Tahun 6 telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2009. Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan bagi warga SK Long Boh kerana berjaya mengatasi bilangan murid yang mendapat 5A iaitu seramai 3 orang bagi tahun 2008.

Tahniah diucapkan ! 


 Farisha, Amira Syazwani, Nor  Syamira, Nor Syazwani dan Tasneem

Murid Cemerlang SK Long Boh. Tahniah !!!!!!!!

SAMBUTAN HARI ANUGERAH SK LONG BOH

               Pada 19 November 2009, SK Long Boh telah mengadakan Hari Anugerah untuk menghargai murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang 2009. Selain penyampaian hadiah, beberapa persembahan dari Kelab Seni Budaya juga disajikan khas untuk ibu bapa dan tetamu yang hadir. 

             Semoga semua murid yang berjaya akan terus gemilang dan cemerlang di masa akan datang.


Tokoh Murid 2009,

Adik Syazwani bersama ibu tersayang dan Guru Besar SK Long Boh.


Antara murid-murid yang cemerlang dalam akademik.

Penyampaian Sijil Tamat Sekolah kepada murid Pra Sekolah.



Persembahan Tarian dari Kelab Seni Budaya.

Kelab Seni Budaya juga mempersembahkan dikir barat.